Thursday, April 10, 2008

Listing File dan Folder

Katakan nak list file dalam Linux yang ada berjuta dan folder berbillion, dan cuma nak check latest changed file

Guna command nih:

ls -lstR > updated.txt

pastu tengok laa file updated.txt

Nak tengok Tree view dgn latest changed file ?

tree -t > tree.txt

Tuesday, April 1, 2008

Storing hierarchical data database



Dalam LRT terfikir macam mana agaknya database structure untuk simple forum atau comments. Bayangkan kita buat blog, dan nak buat comments system.

Ali adalah topik starter
Ahmad reply topik Ali
Ah Chong pulak reply topik dari Ahmad
Raju pulak reply topik Ah Chong
Ali baca balik blog dia dan reply topik Ahmad

Mula-mula mari kita baca artikel dari Site Point
http://www.sitepoint.com/article/hierarchical-data-database/

Then baca MySQL DEV Article
http://dev.mysql.com/tech-resources/articles/hierarchical-data.html

Saturday, March 29, 2008

CakePHP : Pengenalan kepada MVC


Klik gambar untuk lihat Code ( MVC) dan hasilnya sekali.

Dalam sessi ini, saya akan memperkenalkan kepada anda basic asas CakePHP. Kita akan bina aplikasi mudah iaitu pengurusan data di table Contents.

Pertama sekali, gunakan database Cake dan laksanakan arahn berikut :

mysql> create table contents (id int not null auto_increment,title varchar(255),
body text, primary key(id));

Kita sekarang mempunyai table bernama contents dan mempunyai 3 kolum ( id,title dan body )

Untuk pastikan MVC kita dalam keadaan yang betul, kita kena create Model,View dan Controller untuk Content

** Sila lihat contoh code di dalam gambar di atas **

Install & Configure Cake PHP 1.2 XAMPP


Tutorial ini ditujukan kepada programmer PHP yang ingin menggunakan framework CakePHP versi 1.2 di atas sistem operasi Windows XP.

Perlu download software-software di bawah
1. Crimson Editor
2. Xampp
3. CakePHP 1.2

Peringatan !
CakePHP adalah untuk programmer PHP yang telah biasa menggunakan funcion-function PHP dan telah membuat program berasaskan PHP dari scratch dan juga kepada mereka yang coding HTML secara manual ( bukan menggunakan editor ). CakePHP berfungsi untuk membuatkan ruang kerja anda lebih kemas, teratur dan selamat.

Saya akan menggunakan konfigurasi berikut :
  • Xampp akan menggunakan direktori c:\xampp
  • HTTPDOCS di c:\xampp\htdocs
  • DocumentRoot dalam httpd.conf menggunakan c:\xampp\cake1.2
  • c:\xampp\mysql\bin\mysql.exe telah disalin ke c:\windows

Konfigurasi Sistem
Secara default, Apache yang didatangkan dengan Xampp tidak menyokong mod_rewrite. Jadi, buka fail c:\xampp\apache\conf\httpd.conf dan enablekan ayat Loadmodule mod_rewrite.so. Restart semua Apache setelah anda mengubah konfig tersebut

Download CakePHP 1.2 dan copy fail tersebut ke c:\xampp\htdocs\cake1.2Ubah konfigurasi httpd.conf dan ubah DocumentRoot ke c:\xampp\htdocs\cake1.2

Skrg tibalah masa untuk create database. Saya akan gunakan database cake dengan menggunakan privileges sebagai root

c:\mysql -uroot -p [ENTER]

mysql > create database cake;

mysql > exit;

Ubah fail c:\xampp\htdocs\cake1.2\app\config\database.php.default dan ubah konfigurasi $default supaya menggunakan database tempatan

username : "root"
password : ""
database : "cake"

Rename fail database.php.default ke database.php

Buka browser anda ke http://127.0.0.1/

Dan sepatutnya anda akan dipersembahkan dengan Cake1.2 default installation info.

Selamat mencuba. Topik seterusnya saya akan bercerita mengenai asas-asas utama dalam CakePHP 1.2